Wednesday 11 January 2012

saya pikir-pikir pak, saya pikir-pikir bu'

Salam satu ummah,selawat dan salam keatas Rasululullah s.a.w..Alhamdulillah syukur kepada Allah taala kerana memberikan peluang kehidupan ke jalan yang di redhai..moga-moga kita semua mendapat keberkatan dan kesejahteraan di dalam kehidupan ini.Saat dan ketika ini alur sungai ingin membawa satu perubahan dalam hidup melalui pemikiran yang dikurniakan oleh tuhan kepada kita semua,semoga kita semua sentiasa berada di atas landasan yang betul.
Dalam hidup ini,semua orang mahu menjadi lebih pandai dalam semua perkara,adakah dengan kepandaian itu membawa mereka kearah jalan menuju kepada kehidupan yang hakiki.Satu idea yang baik sahaja tidak mampu menjamin hidup kita,mereka yang mendapat satu idea yang bijak dan cuba membina seluruh kerjaya mereka berdasarkan idea itu semata-mata selalunya tidak Berjaya. Golongan ini menghabiskan masa dengan hanya cuba mempertahankan satu idea mereka.Tidak kira sama ada kita berasal dari keluarga miskin ataupun kaya,sama ada memiliki Phd ataupun hanya tamat spm dan tidak kira sama ada kita sempurna ataupun Oku,tidak kira apa jua keadaan kita,kita mampu menjadi pemikir yang baik.kita hanya perlu sanggup menjalani proses berfikir itu setiap hari.
Alur sungai teringat akan kata-kata Davic Schwartz iaitu “Kejayaan seseorang tidak diukur dengan wang ringgit,bilangan ijazah yang dimiliki,ataupun asal usul keluarga,tetapi dari segi saiz pemikirannya”.Sekiranya kita mahu meluaskan pemikiran kita,kita perlu mencari orang lain bagi menasihati kita.Bagaimanapun berhati-hatilah dalam memilih penasihat.Sekiranya kita mahu mencapai kejayaan yang hebat,kita perlu memiliki impian yang hebat.jangan mengejar populariti dalam hidup ini,kerana akan membawa kepada kelemahan dalam dalam diri kita,kita juga perlu menerima idea ataupun pendapat,serta nasihat orang lain,kerana ia akan memperbaiki kelemahan kita sendiri.Alur sungai juga tidak mampu melakukan segala-galanya dalam hidup ini,peluang keemasan sudah muncul beberapa kali dalam hidup ini,sebab itulah kita semua cuba mencapai kecemerlangan dalam beberapa perkara,dan bukannya hanya prestasi yang baik dalam banyak perkara.Akan tetapi,sikap ini juga bermaksud kita terpaksa mengorbankan banyak perkara dan aktiviti yang kita suka lakukan.
Akhir kata dari Alur sungai,kita belajar mengorbankan sesetengah perkara yang kita suka dan minat lakukan supaya dapat memfokuskan perkara yang memiliki impak yang paling tinggi bukanlah perkara mudah.Akan tetapi,lebih awal kita mula mengamalkannya,lebih cepat kita dapat mendedikasikan diri kita kepada mencapai kecemerlangan dalam perkara yang paling penting untuk diri kita.wassalam.

No comments:

Post a Comment