Tuesday 28 February 2012

iyha' ulumuddin

Assalamulaikum dan salam satu ummah..syukur kepada Allah s.w.t kerana masih lagi mengurniakan segala nikmat kepada kita semua..Alhamdulillah.. pada sem ni sangat beruntung kerana dapat juga belajar kitab ihya ulumuddin walaupun dalam kitab ringkasan..Kitab Ihya Ulumuddin adalah karya seorang ulama besar, Hujjatul Islam, Al Imam Abu Hamid Ghazali atau Imam Ghazali adalah kitab besar yang sangat berpengaruh di kalangan umat Islam. Walaupun umur kitab ini sudah ratusan tahun, namun hingga kini, kitab ini tetap menjadi rujukan utama bagi para penempuh jalan sufi.
Kitab ini berisi ajaran tentang Adab, ibadah, tauhid, akidah dan tasawuf yang sangat mendalam. Kitab ini merupakan hasil perenungan yang mendalam dari Imam Ghazali tentang berbagai hal, khususnya tentang pensucian hati. 
Seorang ulama besar lainnya al-Imam an-Nawawi pernah berkata: “Jika semua kitab Islam hilang, naudzubillah, dan yang tersisa hanya kitab Ihya’ maka ia mencukupi semua kitab yang hilang itu.”.wassalam.

No comments:

Post a Comment