Wednesday 29 February 2012

Rahsia Pengajian Kitab Sunan Sittah


Sunan Sittah mahsyurnya diistilahkan kepada enam kitab hadis iaitu, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasaie, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmizi, dan Sunan Ibnu Majah. Ada pula pendapat yang mengatakan di tempat Sunan Ibnu Majah lebih sesuai dengan al-Muwatta’ atau Sunan Darimi kerana darjatnya lebih tinggi berbanding Sunan Ibnu Majah yang mengandungi pelbagai status hadis termasuklah hadis maudu’. Namun, melihat kepada sistem pengajian hadis, Sunan Ibnu Majah adalah lebih sesuai dimasukkan dalam silibus pengajian kerana mempunyai kelebihan dan kepentingannya tersendiri. Adapun susunan (mengikut tertib) pengajian hadis adalah seperti berikut;

1) Sunan Tirmizi: (Menyebut ikhtilaf ulamak)
Kitab hadis yang pertama yang perlu dipelajari adalah Sunan Tirmizi. Melaluinya kita dapat melihat sejauh manakah ikhtilaf yang berlaku di kalangan ulamak dalam sesuatu perkara.

2) Sunan Abu Daud: (Menyebut dalil masing-masing ulamak)
Setelah melihat ikhtilaf ulamak, perlulah kita mengetahui dalil-dalil yang dijadikan sandaran oleh mereka.

3) Sahih Bukhari: (Mengajar cara istinbad hukum dan menyatakan hadis paling sahih)
Setelah mengetahui dalil-dalil sekelian ulamak, maka Sahih Bukhari pula dipelajari untuk mengetahui dalil-dalil yang paling sahih. Melalui pengajian Sahih Bukhari juga, kita akan diajar cara untuk menginstinbad hukum daripada hadis, ini dapat kita lihat pada setiap ‘tarjamatul bab’ (tajuk bab) yang telah diistinbadkan oleh beliau daripada ayat Quran atau hadis yang diletakkan di bawah bab berkenaan.

4) Sahih Muslim: (Memperbanyakkan hadis sahih)
Imam Muslim memperbanyakkan hadis sahih dengan mengulanginya walaupun pada lafaznya sama tetapi melalui turuq (jalan sanad) yang berbeza, seolah-olah ingin menyatakan hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari banyak diriwayatkan oleh perawi-perawi hadis yang lain yang tidak disebutkan Imam Bukhari di dalam kitabnya. Ini kerana, hadis yang dimuatkan oleh Imam Bukhari di bawah ‘tarjamatul bab’nya tidaklah banyak disebabkan syaratnya yang terlalu tinggi.

5) Sunan Nasaie: (Mengajar supaya meneliti hadis perawi)
Imam Nasaie menjelaskan status perawi dari sudut yang sahih dan kecacatan (‘illal) pada matan sesebuah hadis, dan apa sebenarnya yang difahami oleh ahli ilmu berkenaan lafaz sesebuah hadis itu.

6) Sunan ibnu Majah: (Sebagai menguji kefahaman dalam bidang hadis)
Ini merupakan langkah terakhir untuk menjadi alim dalam ilmu hadis, kerana padanya ada pelbagai hadis termasuklah yang maudu’, maka para pelajar dikehendaki menyatakan sendiri status hadis yang terdapat dalam kitab ini. Sekiranya maudu’, maka apakah sebabnya? Begitulah seterusnya, semuanya untuk menguji kefahaman mereka dalam bidang hadis. Inilah yang perlu diketahui oleh para pencinta hadis yang ingin mendalami ilmu wahyu ini. Sesungguhnya susunan kitab Sunan Sittah bukanlah isyarat kepada kitab-kitab hadis yang paling muktabar dan sahih (selain Sahih Bukhari dan Muslim), tetapi semuanya mempunyai kepentingan tertentu dalam sistem pengajian hadis yakni sebagai asas utama yang wajib dipelajari sebelum mendalami kitab-kitab hadis yang lainnya.
Wassalam,

kitab-kitab


Kitab-kitab Imam Nawawi yang terkenal
1. Syarah sahih muslim,
2. Riyadhus Salihin,
3. Al-Adzkaar,
4. Al-Tibyan fi adab hamalat al-Quran,
5. al-Irsyad wa al-Taqrib fi ‘Ulum al-Hadith,
6. al-Aidah fi Manasik al-Hajj,
7. Al Majmu’ Syarah Muhazzab,
8. al-Raudah,
9. Tahdhib al-Asma’ wa al-Lughat,
10.  al-Minhajut Thalibin
11. Matan al-Arbai


A. Kitab-kitab Tauhid Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata ‘Alam)

1. Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin,
– bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin bin Muhammad Al-Fathani.

2. Kitab Tuhfatul Murid, Hasyiah A’la Matni Jauharatit Tauhid,
– bagi Asy-Syaikh Al-‘Allamah Ibrahim b. Muhamad Al-Bayjuri,

3. Kitab Hasyiah Tahqiqul Maqam A’la Kifayatil Awam Fi Ilmil Kalam,
– bagi Asy-Syaikh Muhammad Al-Fudali.

4. Kitab Nuruzzalam Syarah ‘ala Aqidatil Awwam,
5. Kitab Fathul Majid Syarhun ‘Alad Durril Farid Fi ‘Aqaidie Ahlit Tauhid,
6. Kitab Mirqatu Su’udit Tasdiq Fi Syarhi Sullamit Taufiq Ila Mahabbatillahi ‘Alat Tahqiq,
7. Kitab Maraqil ‘Ubudiyyah,
– bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari.

8. Kitab AsySyarhul Qawwim Fi Halli Al-Fazi Assiratil Mustaqim,
9. Kitab Bughyatut Talib Li Ma’rifatil Ilmid Diniyyil Wajib,
10. Kitab Sarikhul Bayan Fi Raddi ‘Ala Man Khalafal Quran,
11. Kitab Al-Mathalibul Wafiyyah Syarhul ‘Aqidatin Nasafiyyah,
– bagi Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Ma’ruf Bil Habasiyyi.

12. Kitab Tuhfatur Raghibin Fi Bayani Haqiqati Imanilmu’minin Wama Yufsiduhu Min Riddatil Murtaddin,
– bagi Asy-Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari.

13. Kitab Mabahis Fi ‘Aqaidie Ahlissunnah Al-Musamma Al-Muhannad ‘Ala Mufannad,
– bagi Asy-Syaikh Khalil Ahmad As-Saharanpuriyyi Al-Hindiyyi.

14. Kitab Mursyidul Ha’ir Fi Hallil Al-Fazi Risalah Ibni Asakir,
15. Kitab Al-As’ilatul Mubassathah ‘Ala Syarhi Risalah Ibni Asakir,
– bagi Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jam’iyyah Al-Masyari’ Al-Khairiyyah Al-Islamiyyah, Bairut, Lubnan.

16. Kitab Muzakkiratut Tauhid Wal Firaq,
– bagi Asy-Syaikh Hasan As-Sayyid Mutawalliyy.

17. Kitab Ad-Durarus Saniyyah Fir Raddi A’la Wahhabiyyah,
– bagi Al-‘Alim Al-‘Allamah Min Aali Baitin Nubuwwah As-Sayyid Ahmad b. As-Sayyid Zaini Dahlan.

18. Kitab Al-Ajwibatul Ghaliyyah Fi ‘Aqidatil Firqatin Najiah,
– bagi Al-‘Allamah Ad-Da’ie Ilallah Al-Habib Zainul ‘Abidin Al-‘Alawiyyi.

19. Kitab Al-Farqu Bainal Firaq,
– bagi Al-Imam ‘Abdul Qahir b. Tahir b. Mohd. Al-Baghdadiyyi.

20. Kitab Ahlus Sunnah Al-Asya’irah Syahadatu ‘Ulama’il Ummah Wa Adillatuhum,
– bagi Asy-Syaikh Hamad As-Sinan dan Asy-Syaikh Fauzi Al-‘Anjariyyi.

21. Kitab Tahzibu Kitabil ‘Iktimad Fil ‘Iktiqad,
– bagi Asy-Syaikh Abul Mahasin Muhammad Al-Qauqaji At-Tarablusiyyi Al-Hanafiyyi.

22. Kitab Maqsidut Talibin Fi Ajwibati Matnis Siratil Mustaqim,
– bagi Majlis Ulama’ Darul Masyari’ (Darul Masyari’, Bairut, Lubnan).

23. Kitab Mursyidul Ha’ir Fi Halli Al-Faazi Risalah Ibni ‘Asaakir,
– bagi Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jam’iyyah Al-Masyari’ Al-Khairiyyah Al-Islamiyyah, Bairut, Lubnan.

24. Kitab Hasyiah Asy-Syaikh Muhammad Ibni Muhammad Al-Amir ‘Ala Syarhi Asy-Syaikh Abdis Salam Ibni Ibrahim Al-Malikiyy Li Jauharah At-Tauhid Lil Imam Al-Laqqaniyy Wa Bi Hamisyiha “Ithaful Murid Syarah Asy-Syaikh Abdis Salam Al-Malikiyy ‘Ala Jauhatit Tauhid Al-Mazkurah.”


B. Kitab-kitab Fiqh Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata ‘Alam)


25. Kitab Mat’laul Badrain Wa Majma’ul Bahrain,
– bagi Al-Abdul Al-Faqir Al-Fani Muhammad b. Ismail Daud Al-Fathani.

26. Kitab Bughyatul Mustarsyidin Fi Talkhisi Fatawi Ba’dil Aimmati Minal Ulamail Mutaakhirin,
– bagi Asy-Syaikh As-Sayyid Abdur Rahman b. Muhammad b. Husain b. Umar Al-Masyhur Ba ‘Alawi, Mufti Addiaril Hadramiyyah.

27. Kitab Sullamul Munajah, Syarhun ‘Ala Safinatis Solah,
28. Kitab Mirqatu Su’Udit Tasdiqi Fi Syarhi Sullamit Taufik Ila Mahabbatillah ‘Alat Tahqiq,
– bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari.

29. Kitab Sabilul Muhtadin Littafaquhi Fi Amriddin,
– bagi Asy-Syaikh Muhammad Arsyad b. ‘Abdullah Al-Banjari.

30. Kitab Hasyiatu E’anatut Tolibin ‘ala Halli Al-Faazi Fathil Mu’in Bi Syarhi Qurratil ‘Aini Bi Muhimmatid Din,
– bagi As-Syed Abi Bakar Al-Masyhur dengan As-Syed Bakri Ibni Syyed Muhamad Syata Ad-Dimyati Al-Misri.

31. Kitab Ifadatus Saadatil Umad Bi Taqriri Ma’ani Nazmiz Zubad,
– bagi Al-Imam Al-Faqih Al-‘Alamah As-Syarif Muhammad b. Ahmad b. Abdul Bariy Al-Ahdal.


C. Kitab-kitab Tasawwuf Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata ‘Alam)


32. Kitab Maraqil Ubudiyyah, Syarhun ‘Ala Bidayatil Hidayah,
– bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari.

33. Kitab Siarus Salikin Fi Thariqatis Sadaatis Suffiyah,
– bagi Al-’Allamah Al-Arifu Billah Asy-Syaikh Abdussamad Al-Falimbani.

34. Kitab Irsyadul ‘Ibad Ila Sabilir Rasyad,
– bagi Asy-Syaikh Zainudin Ibni ‘Abdil ‘Aziz Ibni Zainiddin Al-Malibari.



D. Kitab-kitab Sirah Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata ‘Alam)


35. Kitab Madarijus Su’ud Ila Iktisail Burud (Syarah Berzanji),
36. Kitab Fathus Samadil ‘Alim, Syarhun ‘Ala Maulid Asy-Syaikh Ahmad Ibni Al-Qasim,
– bagi Al-‘Alim Al-Jalil Asy-Syaikh Muhammad An-Nawawi Ibni Umar Ibni ‘Arabiyy
Al-Banteni.

37. Kitab Tahzibu Tarikhid Dualil Islamiyyah Bil Jadawilil Mardiah (Ringkasan Tarikh Kerajaan-kerajaan Islam Dalam Jadual-jadual Yang Di Redhai),
– bagi Asy-Syaikh Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti As-Syafi’iah di Makkatal Mukarramah, dicetak oleh Darul Masyari’, Bairut, Lubnan.


E. Kitab-kitab Tafsir Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata ‘Alam)


38. Kitab Tafsir Marah Labid Li Kasyfi Ma’na Quran Majid / Tafsir Al-Munir,
– bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari.

39. Kitab Tafsir Al-Futuhatul Ilahiyyah Bi Taudihi Tafsiril Jalalain Lid Daqa Iqil Khafiyyah,
– bagi Asy-Syaikh Sulaiman bin Umar Al-‘Ujaili As-Syafi’iyye (As-Shahir bil Jamal).

40. Kitab Syarah Tafsir Yassin Hamami,
– bagi Asy-Syaikh Hamami Zadah.

41. Kitab Tafsirul Khazin Al-Musamma Lubabut Ta’wil Fi Ma’anit Tanzili,
– bagi Al-Imam ‘Alauddin Ali bin Muhammad bin Ibrahim Al-Baghdadiyy.

42. Kitab Ad-Durrul Massun Fi Tafsiri Juzie ‘Amma Yatasa’alun Wa Suratil Fathihah,
– bagi Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jam’iyyah Al-Masyari’ Al-Khairiyyah Al-Islamiyyah, Bairut, Lubnan.

43. Kitab Tafsir Al-Quran Al-‘Azim (Tafsir Ibni Katsir)
– bagi Imam Abul Fida’ Al-Hafiz Ibni Katsir.

44. Kitab Tafsir Al-Qurtubi (Al-Jami’u Li Ahkamil Quran)
– bagi Al-Imam Abu ‘Abdullah Al-Qurtubi.



F. Kitab Khutbah Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata ‘Alam)


45. Kitab Khutabul Jum’ah,
– bagi Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jam’iyyah Al-Masyari’
Al-Khairiyyah Al-Islamiyyah, Bairut, Lubnan.


G. Kitab Hadith Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata ‘Alam)


46. Kitab Hasyiah Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Ali As-Syinwani ‘Ala Mukhtasar
Ibni Abi Jamrah Lil Bukhari.
– bagi Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Ali As-Syinwani.

47. Kitab Bahrul Mazi, Syarah ‘Ala Muktasar Sahih Turmuzi,
– bagi Asy-Syaikh Muhammad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi Al-Azhari.

48. Kitab Fathul Bariyy Syarah Shahih Bukhari Ibnu Hajar Al-Asqalani
– bagi Asy-Syaikh Ibnu Hajar Al-Asqalani.

ringkasan "apa erti saya menganut agama islam"


 assalam,syukur kepada ilahi.selawat dan salam keatas rasulillah s.a.w.
Buku ini terbahagi kepada 2 bahagian:

1)       Sifat-sifat yang mesti ada pada setiap Muslim

2)       Kewajipan beramal untuk Islam dan kewajipan menggabungkan diri dalam harakah Islamiah



Bahagian pertama: Sifat- sifat yang mesti ada pada setiap Muslim

Saya mestilah:

a .Muslim dari segi aqidah

b. Muslim dari segi ibadah

c.  Muslim dari segi akhlak

d . Muslim dari segi keluarga

e. Dapat menguasai diri saya

f.Yakin masa depan Islam yang gemilang


Muslim dari segi aqidah
                Untuk menjadikan aqidah saya benar-benar diiktiraf sebagai aqidah seorang Muslim, saya mestilah:

1)       Yakin bahawa Tuhanlah yang mencipta alam ini

2)       Yakin bahawa alam ini diciptakan dengan tujuan tertentu

3)       Yakin dengan para Rasul

4)       Yakin bahawa matlamat hidup manusia dalamkehidupan di dunia ini ialah untuk mengenal Allah, taat dan mengabdikan diri kepada-Nya

5)       Yakin dengan syurga dan neraka

6)       Yakin bahawa setiap yang baik dan buruk itu berlaku atas kehendak Allah

7)       Yakin bahawa syariat dan undang-undang Allah adalah mutlak- tidak boleh dipertikai

8)       Ambil tahu Asma ul Husna

9)       Berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, bukan berfikir tentang zat Allah

10)    Ambil tahu ayat-ayat Al Quran yang menunjukkan sifat-sifat dan kesempurnaan Allah

11)    Yakin bahawa pendapat para salafus soleh lebih utama untuk diikuti

12)    Mengabdikan diri hanya kepada Allah

13)    Takut semata-mata kepada Allah

14)    Sentiasa berusaha untuk mengingati Allah dalam keadaan diam ataupun bersuara

15)    Mencintai Allah

16)    Bertawakkal dalam segala perkara

17)    Bersyukur

18)    Selalu bertaubat

19)    Sentiasa dalam keadaan bermurakabah terhadap Allah


Muslim dari segi ibadah
                Untuk menjadikan saya seorang Muslim dalam seluruh peribadatan, saya mestilah:

1)       Ihsan dalam beribadah

2)       Khusyuk & serius dalam beribadah

3)       Menghadirkan diri dan hati di hadapan Allah ketika beribadat

4)       Berlumba-lumba dalam beribadah

5)       Usaha atas qiamullail

6)       Usaha atas tilawah Al Quran (terutamanya pada waktu fajar)

7)       Amalkan doa dalam setiap pekerjaan


Muslim dari segi akhlak
                Saya mestilah:

1)       Jauhi perkara haram dan tinggalkan perkara syubhat

2)       Memelihara mata

3)       Memelihara lidah

4)       Malu

5)       Lemah-lembut & sabar

6)       Jujur

7)       Tawaduk

8)       Bersangka baik

9)       Pemurah

10)    Menjadi kudwah hasanah bagi orang lain di mana segala tindak-tanduknya menjadi terjemahan terhadap semua prinsip-prinsip Islam (apabila terpandang dirinya, mendengar percakapannya dan melihat gerak-gerinya, kita akan terus teringatkan Allah dan Islam)


Muslim dari segi keluarga
                Tanggungjawab sebelum berkeluarga:

1)        Perkahwinan saya mestilah kerana Allah

2)       perkhawinan saya bertujuan menjaga dir dan menjaga hubungan dengan Allah

3)       saya mestilah bijak memilih isteri (dan isteri-isteri)

4)       saya mestilah pilih isteri yang beragama

5)       saya mestilah tidak menyanggah mana-mana perkara di atas


Tanggungjawab sesudah berumahtangga:

1)       baik dan mesra terhadap isteri

2)       jalin hubungan dalam segala hal untuk dilakukan bersama-sama, tidak terbatas kepada hubungan syahwat sahaja

3)       jaga hubungan supaya mengikut batas-batas syarak (jangan queen-control)


Tanggungjawab bersama mendidik anak:

1)       anasir pertama yang dapat menjamin terlaksananya tarbiah Islamiah kepada anak-anak ialah dengan melaksanakan perkahwinan mengikut adab-adab perkahwinan yang ditunjukkan Islam. (Anak-anak yang bermasalah biasanya lahir daripada perkahwinan yang tidak mengikut adab-adab Islam seperti tujuan perkahwinan, cara perkahwinan, majlis perkahwinan dan sebagainya)


Saya mestilah dapat menguasai diri
                3 golongan manusia  dalam menghadapi pertarungan jiwa:

1)       manusia yang ditewaskan oleh hawa nafsu. Dia tunduk kepada dunia dan kekal dengan keduniaan

2)       manusia yang berusaha lawan nafsu. Ada kala menang dan ada kala tewas

3)       manusia yang maksum- para Rasul & nabi


Sendi kekuatan dalam pertarungan jiwa:

a.      Hati

b.     Akal


Tanda-tanda jiwa yang tewas

a.    Dia mudah melakukan kejahatan

b.    Dia dikuasai penyakit was-was


Kubu pertahanan daripada godaan syaitan

1)       Redha dengan apa yang dapat

2)       Selalu ingatkan mati

3)       Yakin bahawa segala kenikmatan adalah sementara

4)       Selalu bersyukur dan takut akan balasan Tuhan

5)       Ambil tahu apa dia hak-hak orang lain

6)       Qanaah

7)       Ikhlas

8)       Yakin bahawa segala yang dimiliki tidak kekal

9)       Tawaduk

10)    Tidak mengharapkan manusia

Tambahan:           

1.        menjaga makan dan minum

2.        selalu tilawah, zikir dan istighfar

3.        tenang dalam segala urusan


Saya mestilah yakin masa depan Islam yang gemilang
                Saya mesti yakin bahawa segala manhaj ciptaan manusia (seperti segala bentuk isme) sebenarnya memiliki pelbagai kelemahan.


Bahagian kedua: Apa ertinya saya menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam?

Saya mestilah hidup untuk Islam
                Terdapat 3 golongan manusia:

1.        manusia yang hidup untuk dunia (komunis dan yang sewaktu dengannya)

2.        golongan yang sesat antara dunia dan akhirat (golongan ramai0

3.        manusia yang menganggap dunia sebagai ladang akhirat (mukmin sebenar)


Bagaimana cara saya hidup untuk Islam?

1.        Saya tahu matlamat hidup- iaitu untuk mengabdikan diri kepada Tuhan

2.        Saya faham nilai dunia- tak sampai sebelah sayap nyamuk dan lebih hina daripada bangkai anak kambing

3.        Saya yakin dengan maut

4.        Saya mesti berusaha atas ilmu-ilmu agama

5.        Saya faham hakikat jahilliyah- supaya mudah menghindarinya


Sifat-sifat orang yang hidup untuk Islam

1.        Praktikkan islam, bukan sekadar cakap dan berangan-angan

2.        Mencari penyelesaian yang teliti sesuatu yang mendatangkan maslahat kepada Islam

3.        berbangga dengan Allah

4.        bekerjasama dengan jemaah Islam


Gerakan Islam, tanggungjawab, ciri-ciri dan persediaan
                Tanggungjawab gerakan Islam

1.        berusaha menjadikan semua manusia sebagai abdi kepada Tuhan

2.        hapuskan penjajahan dan saki-bakinya ( dari segi pemikiran dan falsafah)

3.        hapuskan saki-baki bidaah dan khurafat

4.        yakin bahawa Islam itu dan hukumnya bersifat syumul

5.        yakin akan kaedah asas Islam iaitu mengesakan Allah

6.        Yakin bahawa Islam sajalah sumber kekuatan asasi kebangkitan umat

7.        menganggap kufur segala sikap memperjuangkan sistem kapitalis, sosialis, komunis dan lain-lain system buatan manusia

8.        tegak menghadapi arus taghut (tamadun kebendaan, kemajuan hawa nafsu & kemewahan)

9.        berusaha mewujudkan sistem-sistem berikut dalam kehidupan umat Islam:

a.        sistem pertahanan dalam negeri

b.       sistem hubungan antarabangsa

c.        sistem kehakiman yang amali

d.       sistem pertahanan dan ketenteraan yang dapat menggerakkan rakyat

e.        sistem ekonomi yang dapat memberi kebebasan terhadap kekayaan, harta, kerajaan dan individu

f.         sistem pelajaran dan kebudayaan yang menghapuskan kejahilan (bukan kebodohan)

g.       sistem keluarga dan rumahtangga yang membina

h.       sistem yang mengatur cara hidup individu

i.         menghidupkan roh-roh dan semnagat yang dapat mengusai semua peringkat masyarakat



                                j) membina individu, rumahtangga, bangsa dan kerajaan Islam

                Ciri-ciri prinsip gerakan Islam
1.        Gerakan Rabbani- segala-galanya bersumberkan Islam dan Al Quran. Golongan atasan terlebih dahulu tunduk kepada syariat sebelum golongan bawah

2.        gerakan yang tersendiri- bukan hidup dengan idea yang diimport

3.        gerakan yang membawa kemajuan- gerakan Islamlah yang paling mampu menyelesaikan permasalahan hidup manusia berbanding gerakan lain

4.        gerakan yang syumul- tidak terbatas untuk membaiki satu-satu bahagian sahaja

5.        menjauhi perselisihan dalam masalah fekah- mesti faham bahawa perselisihan memang tidak dapat dielakkan

Ciri-ciri harakah gerakan Islam
1.        Jauhi daripada dipengaruhi pemerintah dan ahli politik- supaya tidak digunakan

2.        bertolak ansur kerana perjuangannya panjang. Ada 3 peringkat:

a.        taarif- sebarkan

b.       takwin- pilih mereka yang layak

c.        tanfiz- perlaksanaan

3.        Utamakan amal dan banyakkan penghasilan daripada propaganda dan penerangan

4.        Siasah Panjang Nafas- tidak patah di tengah jalan dan tidak tergesa-gesa untuk mencapai hasil sebelum masanya

5.        seru Islam secara lantang tetapi menjaga hal-hal kerahsiaan

6.        Uzlah nafsiah, bukan jasadiah- uzlah dalaman diri, bukannya mengasingkan diri

7.        Faham bahawa matlamat tidak menghalalkan cara

Persediaan gerakan Islam
                Seperti orang-orang terdahulu, kita hendaklah beriman kepada:

a.        Allah, pertolongan dan bantuan-Nya

b.       Manhaj (method) Ilahi, keistimewaan dan kesesuaiannya

c.        Persaudaraan, hak-hak persaudaraan dan kesuciannya

d.       Lumayannya balasan Allah

e.        Yakin bahawa kita adalah pilihan Tuhan untuk memperjuangkan agamanya

Saya mestilah mengetahui cara-cara beramal dengan Islam dan kenapa mesti dalam gerakan Islam.
1.        kena tahu mengapa saya menganggotai gerakan Islam- secara kebetulan atau hasil kajian & penelitian?

2.        tahu cara-cara bergerak dalam gerakan Islam

3.        Tahu dan faham bahawa gerakan islamlah yang terbaik

Pelbagai trend gerakan Islam:
1.        gerakan yang bersifat kerohanian

2.        bersifat kebudayaan dan ilmu

3.        bersifat amal kebajikan

4.        bersifat siasah

Saya mestilah mengetahui sejauh mana ertinya saya menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam
                Penggabungan akidah

-                          jangan bergabung secara melulu atas semangat saja tetapi hendaklah atas dasar kefahaman

Penggabungan masa depan

                                          Masa depan saya adalah bergabung dengan masa depan gerakan

Cubaan-cubaan terhadap pejuang:
1.        terdedah kepada pelbagai bentuk godaan, pujukan seperti harta, pangkat, kedudukan dll

2.        terdedah kepada ugutan, tekanan, siksaan dll

Saya mestilah mengetahui pemusatan amal Islam
                Posisi yang dapat menjamin kejayaan Islam:

1.        matlamat yang jelas

2.        jalan yang terang

3.        dan beriltizam dengan kedua-duanya

Petunjuk-petunjuk di sepanjang jalan yang diikuti Nabi:

1.        pengisytiharan ubudian kepada Allah

2.        mewujudkan satu kelompok bergerak yang diikat dengan aqidah dan keimanan kepada Allah

3.        menentang jahilliyah habis-habisan

Saya mestilah mematuhi syarat-syarat anggota & bai’ah
                -Berusaha menambah bilangan ahli dalam jemaah tetapi mementingkan kualiti

                Rukun bai’ah:

1.        Faham

2.        Ikhlas

3.        Amal

4.        Jihad

5.        Korban

6.        Taat

7.        Tetap pendirian

8.        Tajarrud- ikhlas terhadap fikrah yang didokong

9.        Persaudaraan

10.     Thiqah

Kewajipan Al-Alk Muslim:

1.        Tilawah Al Quran sebulan sekali khatam (tidak lebih satu bulan dan tidak kurang 3 hari)

2.        Mendalami ilmu Al Quran- sekurang-kurangnya baca buku ‘Humatul Islam’ dan hafaz 40 hadith Imam Nawawi

3.        Jaga kesihatan

4.        Jangan lebih minum the, kopi dan lain-lain yang merangsang dan jangan merokok

5.        Jaga kebersihan dalam semua perkara

6.        Jangan berdusta

7.        Tunaikan janji

8.        Berani & luas pandangan

9.        Serius pada tempat-tempat yang perlu serius

10.     malu dan sensitive dengan persekitaran

11.     Adil

12.     Khidmat kerana Allah

13.     Pemaaf

14.     Berdakwah melalui media

15.     Melakukan kerja-kerja iktisad walaupun hasilnya sedikit tanpa mengira darjat dan kekayaan kita

16.     Tidak utamakan jawatan kerajaan

17.     Kemaskan usaha

18.     Tahu menjaga hak-hak orang lain

19.     Jauhi perjuadian dan sumber haram

20.     Jauhi riba

21.     Beli barangan keluaran Islam

22.     Keluarkan zakat

23.     Simpan sedikit pendapatan untuk kecemasan

24.     Gantikan budaya asing dengan budaya Islam dalam kehidupan

25.     Pulaukan mahkamah yang tidak Islamik. Pulaukan media, perhimpunan, kumpulan dan sebagainya yang bertentangan dengan fikrah islam

26.     Selalu ingatkan Allah dan Hari Akhirat

27.     Sentiasa dalam keadaan suci (berwuduk)

28.     Utamakan solat berjemaah

29.     Tunaikan puasa dan haji

30.     Sentiasa pasang niat untuk berjihad, mati syahid dan membuat persediaan untuknya setakat kemampuan

31.     Selalu beristighfar, jauhi dosa-dosa kecil dan perkara-perkara syubhat. Juga selalu muhasabah diri

32.     kawal nafsu

33.     Jauhi arak, dadah dan lain-lain

34.     Jauhi rakan-rakan yang rosak dan tempat-tempat maksiat

35.     Perangi tempat-tempat hiburan

36.     Kenali anggota-anggota ikhwan serapat yang boleh

37.     Putuskan hubungan dengan mana-mana pertubuhan dan perhimpunan yang tiada kaitan terutamanya apabila diarahkan berbuat demikian

38.     Berdakwah di mana sahaja

Kewajipan dan tanggungjawab ukhuwwah:

1.        Persaudaraan mestilah dapat membawa kepada Allah

2.        Persaudaraan perlukan kerjasama dan persefahaman

3.        Persaudaraan hendaklah ada kerjasama di bidang kebendeaan iaitu mereka yang ada membantu mereka yang tiada

4.        Persaudaraan merupakan tanggungjawab (tunaikan hak-hak saudara)

5.        Persaudaraan dalam Islam itu mesra (indah)

6.        Persaudaraan juga adalah keghairahan dan kesetiaan