Thursday 29 December 2011

terjemahan kitab fiqh dakwah 1

   PENGERTIAN
 Menurut Bahasa : Mengajak / Memanggil / Menyeru.


 Menurut Istilah : Mengajak orang kembali dari kejahilan kepada mengerti, dari kesesatan kepada kembali kepada ajaran Allah SWT dengan cara hikmah dan mau'idhah hasanah..


PROSES DAKWAH
 {Mengatur strategi dan caranya}


1. Berprinsip Islam.
2. Dengan metode(المنهج) yang Islami.
3. Menuju tujuan yang Islami

Keterangan :
1. Bahwa tujuan yang Islami hanya boleh dijangkau dengan metode yang Islami pula.
2. Bahwa metode yang Islami hanya boleh diciptakan oleh prinsip dasar yang Islami.
3. Bahwa prinsip yang Islami hanya boleh diwujudkan oleh cara berfikir yang Islami.
4. Sementara itu cara berfikir yang Islami hanya boleh dilahirkan oleh jiwa yang Islami.


Dari sinilah timbul pengertian bahawa  untuk menegakkaan Islam, tidak mungkin dilakukan dengan cara-cara dan organisasi  yang tidak Islami, apalagi kalau anggotaanggotanya, lebih-lebih lagi jika prinsip dasarnya sudah tidak mengikut cara islam, tidak mungkin melahirkan cara dan tujuan yang menurut islam.


Mengatur langkah-langkahnya :
Langkah dakwah adalah langkah menuju Izzul Islam wal Muslimin, karena itu harus
diatur dengan cara:


 1. Rabbaniyya :Bahawa dakwah itu bersifat mcndidik, mengajak kembali kepada iman dan taqwa,
menuntut ilmu dan banyak beramal (Ali ‘Imran: 78).
2. Islamiyyah la Jam'iyyah :Bahawa dakwah itu mengajak kembali kepada Islam, bukan kepada golonganisme
(Ali ‘Imran: 103).  
3. Syaamilah la Juz'iyyah : Bahawa dakwah itu mencakup segala aspek hidup dan kehidupan, secara utuh dan lengkap, kaaffah, bukan sepotong-sepotong (Al-Baqarah: 208).
4. Mu'aasharah la Taqlidiyyah : Bahawa dakwah itu harus sejalan (seiring) dengan perkembangan alam fikiran, bukan secara klasik dan tradisional, penuh dengan ketertinggalan (Al-Ashr: 1-3).
5. Mahalliya wa 'Alamiyyah : Bahawa dakwah itu regional dan internasional sekaligus, bukan terkotak-kotak,
kerana semua manusia adalah sama (Al-Anbiya': 107)
6. Ilmiyyah wa Tau'iyyah Islamiyyah : Bahawa dakwah itu bersifat ilmiyyah sekaligus amaliyyah, teori dan praktikal.
7. Bashirah : Bahawa dakwah itu dengan menggunakan akal sihat, fikiran yang benar, bukan taqlid ,(Al-Jatsiyah : 20, Al-An'am : 104, Yusuf : 108).
8. Manna'ah : Bahawa dakwah itu pembelaan diri, pemeliharaan kurnia Tuhan, dengan menggunakan metode penelitian dan berlandaskan dalil.
9. Inqilabiyyah la Tarqi'iyynh : Bahawa dakwah itu bersifat revolusioner,  (Al-An'am :29) . 


 Semua ini berdasar Sirah Nabi SAW dan  mengacu kepada pengalaman dakwah beliau, disamping mempertirnbangkan kondisi objek dakwah,Dan dengan ini akan menghasilkan Al-Furqan, pemisah antara yang haq dan bathil dalam diri seseorang.. 

# Panjang lagi nie..baru kitab pertama,1/10 pun tak smpai lg..alahai.. xlarat lar nak tulis..kalau ad free ak sambung..hehehe~

dimanakah pengganti???

Lewat petang 12 Februari 1949, ditepi jalanraya kota Kaherah, Imam Hasan Al-Banna ditembak dan terus rebah. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital dan kematiannya di hospital adalah satu misteri ngeri gugurnya seorang syahid.

Acara pengurusan jenazah hanya dikendalikan oleh ahli keluarganya yang terdekat. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Ikhwan tidak dapat bersama kerana perintah berkurung telah diisytiharkan oleh pemerintah.

Jenazah Hasan Al-Banna dibawa ke tanah perkuburan dengan dikawal rapi oleh kereta kebal dan kereta perisai tentera. Orang ramai dihalang daripada mengiringi jenazahnya.

Raja Farouk bersembunyi di istananya. Beliau tidak keluar ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah dengan orang ramai seperti yang biasa dilakukannya.

Pemerintah Mesir di bawah perdana menteri, Ibrahim Abdul Hadi, merancang dan terus bertindak menjalankan gelombang baru penangkapan beramai-ramai anggota-anggota Ikhwan. Berbagai bukti diada-adakan untuk terus menuduh Ikhwan merancang untuk membunuh perdana menteri Mesir dan mahu mencetuskan revolusi.

Enam bulan penuh berikutan kematian Hasan Al-Banna, Mesir dicengkam dengan tindakan kuku besi pemerintah yang menangkap anggota-anggota Ikhwan. Dianggarkan lebih 4,000 anggota Ikhwan merengkok dan diseksa di penjara-penjara Tur, ‘Uyun Musa dan Huckstep, iaitu sebuah berek lama tentera Amerika.

Seluruh Mesir berada dalam perintah darurat. Mahkamah tentera diwujudkan dengan barisan hakim dan pendakwa yang dipilih khas. Drama dan sandiwara dimainkan dalam perbicaraan dengan motif utamanya mahu mengaitkan Ikhwan dengan percubaan membunuh perdana menteri sebelumnya.

Dalam kemelut inilah Ikhwan Muslimin perlu menyelesaikan masalah dalamannya yang paling utama, iaitu persoalan pengganti Hasan Al-Banna.

Selepas syahidnya Al-Banna, secara tabii tugas Mursyidul Am dipangku oleh timbalannya sejak tahun 1947, iaitu Syeikh Saleh ‘Ashmawi. Dalam keadaan pergerakan yang terbatas, kerahsiaan serta ramai anggota lain merengkok dalam penjara, ramai anggota Ikhwan beranggapan bahawa Syeikh Saleh ‘Ashmawi adalah orang yang seharusnya menerajui Ikhwan selepas itu.

Namun, Salih ‘Ashmawi sejak menjadi timbalan Hasan Al-Banna lagi sudah pun dikaitkan dengan tanzim as-sirri. Tanzim ini dituduh oleh pemerintah sebagai badan yang mencetuskan keganasan di Mesir.

Selain itu, nama-nama lain yang disebut sebagai calon bagi menggantikan Hasan Al-Banna adalah saudaranya sendiri, iaitu Abdul Rahman Al-Banna dan juga setiausaha agung Ikhwan, iaitu Abdul Hakim Abidin. Seorang anggota kanan Maktab Al-Irsyad, Syeikh Hasan Al-Baquri yang bersama-sama Syeikh Hasan ‘Ashmawi menggerakkan Ikhwan sepanjang era tribulasi awal setelah kematian Hasan Al-Banna juga dicalonkan sebagai pengganti.

Pada ketika itu juga seorang pendatang baru dalam Ikhwan pada penghujung hayat Hasan Al-Banna, iaitu Munir Al-Dilla memainkan peranan yang besar dalam gerakan Ikhwan yang memang terbatas pergerakannya itu. Munir Al-Dilla adalah seorang hartawan yang menyertai Ikhwan pada tahun 1947. Beliau telah membuktikan pengorbanannya yang tidak berbelah bagi dengan menginfaqkan sebahagian besar harta bendanya di jalan perjuangan Ikhwan Muslimin.

Dalam persoalan pengganti bagi Hasan Al-Banna, Munir Al-Dilla telah memainkan peranan yang besar. Dalam satu mesyuarat yang diadakan di rumahnya, nama Hasan Al-Hudhaibi sebagai seorang lagi calon bagi menggantikan Hasan Al-Banna. Bermula daripada situlah proses musyawarah pun dijalankan dalam keadaan pergerakan anggota-anggota Ikhwan yang begitu terbatas.

Syeikh Hasan ‘Ashmawi, Abdul Rahman Al-Banna, Abdul Hakim Abidin dan Syeikh Hasan Al-Baquri adalah tokoh-tokoh besar Ikhwan Muslimin pada masa itu. Proses musyawarah tidak dapat dijalankan hingga mampu mencakupi pendapat dan pandangan seluas mungkin anggota yang ada di dalam dan di luar penjara. Oleh itu ramai yang beranggapan bahawa membuat pilihan yang silap bagi jawatan Mursyidul Am boleh menimbulkan perpecahan dalam saff Ikhwan Muslimin.

Berdasarkan pandangan seumpama inilah ramai yang berpandangan bahawa tempat Hasan Al-Banna hendaklah digantikan buat sementara waktu dengan seorang muka baru!. Mereka berpendapat, setelah keadaan beransur pulih, barulah seorang Mursyidul Am yang sebenarnya boleh dipilih.

Untuk itu Hasan Hudhaibi adalah calon terbaik memandangkan kedudukannya yang dihormati pada kaca mata masyarakat Mesir. Hasan Al-Hudhaibi adalah seorang hakim dengan lebih dari 20 tahun pengalaman di pelbagai mahkamah seluruh Mesir. Dengan itu, perlantikannya akan menampilkan imej yang amat positif kepada Ikhwan Muslimin di kalangan orang ramai.

Hujah waqi’ lain yang digunakan juga adalah kerana pada masa itu anggota-anggota Ikhwan Muslimin ramai yang merengkok dalam penjara dan ada yang sedang dan bakal dihadapkan ke mahkamah tentera, maka dengan perlantikan Hasan Al-Hudhaibi sebagai seorang hakim yang terhormat adalah ianya diharapkan dapat mententeramkan pihak kehakiman dan pendakwaan.

Ramai juga anggota yang berharap bahawa Ikhwan Muslimin yang telah diharamkan oleh pemerintah dibenarkan kembali bergerak seperti sebelumnya. Berdasarkan harapan ini, maka mereka yang menyokong perlantikan Hasan Al-Hudhaibi berharap sebagai hakim yang dihormati dan sebagai muka baru dalam gerakan Ikhwan Muslimin, proses pendaftaran semula ini dapat direalisasikan segera.

Syeikh Soleh ‘Ashmawi sendiri menyokong pandangan ini dengan katanya: “Adalah mustahak agar nama-nama anggota kita yang telah dimomok-momokkan oleh pemerintah sebagai pengganas yang menjadikan jamaah kita ditakuti oleh orang ramai ditiadakan buat sementara waktu daripada senarai calon Mursyidul Am”.

Setelah Hasan Al-Hudhaibi dibai’ah sebagai Mursyidul Am, memandangkan keadaan yang begitu diancam oleh pemerintah di atas tekanan Amerika dan negara-negara Barat, beliau menjalankan tugasnya selama enam bulan secara rahsia dan bergerak secara bawah tanah. Ketika itu beliau masih belum melepaskan jawatannya sebagai hakim mahkamah.

Setelah berlaku pertukaran kerajaan, di bawah perdana menteri Nahhas Pasha, Ikhwan Muslimin diberikan izin semula untuk bergerak secara terbuka. Imej Hasan Al-Hudhaibi yang positif telah banyak membantu dalam era peralihan ini. Pada masa yang sama timbalannya juga adalah seorang pengamal undang-undang yang amat dihormati di seluruh Mesir. Beliau adalah Syeikh Abdul Qadir ‘Awdah.

Gandingan Hasan Al-Hudhaibi dan Syeikh Abdul Qadir ‘Awdah telah membantu menempatkan semula Ikhwan diterima secepat mungkin oleh masyarakat Mesir.

Apabila peluang untuk Ikhwan bergerak secara terbuka wujud semula, Hasan Al-Hudhaibi pun turun ke seluruh wilayah untuk bertemu dengan anggota-anggota Ikhwan. Beliau tidak bertemu mereka sebagai Mursyidul Am, sebaliknya beliau bertemu anggota-anggota meminta mereka memilih Mursyidul Am yang lain.

Menurutnya, beliau telah dilantik oleh sekumpulan anggota dalam keadaan darurat. Oleh kerana keadaan darurat telah tiada, maka adalah menjadi hak semua anggota Ikhwan Muslimin untuk memilih Mursyidul Am menurut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. Lagipun, syarat untuk dipilih menjadi Mursyidul Am pada ketika itu hendaklah ianya seorang yang telah dipilih untuk menjadi anggota Majlis Syura dengan memperolehi tidak kurang daripada tiga perempat dari jumlah undi keseluruhan. Hasan Al-Hudhaibi tidak memenuhi syarat tersebut!.

Permintaan Hasan Al-Hudhaibi tidak diterima. Sebaliknya, delegasi demi delegasi datang ke Kaherah untuk mengesahkan serta membai’ahnya sebagai Mursyidul Am Ikhwan Muslimin yang kedua.

Monday 26 December 2011

renungan buat diriku

Salam ukhwah,, kenapa hari nie aku rasa semacam je,tak tau nak buat ap..jalan sana jalan sini,nak tido tak mengantuk,nak study??hmm tgk dulu lar macam mana..huhuhu..malas betul rasanya.. tp nak tak nak terpaksa lar terima hakikat,sebab perjalanan masih lagi jauh,tpi harap2 kemanisan menunggu di hadapan..huhu,,erm teringat plak satu hadis,nk bg tazkirah buat diriku je..sebab hadis nie slalu memberikan semangat untuk aku terus berada di jalan ini,,,,, Rasulullah bersabda,{“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa
mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”} Hadith di atas menjelaskan yang setiap orang akan ditanya secara khusus oleh Allah di Hari Kiamat mengenai usia, masa muda, harta dan ilmu, yang jelas menunjukkan keempat-empat perkara ini adalah penting di dalam kehidupan seseorang. Mengenai pertanyaan Allah perjuangan seseorang semasa mudanya menunjukkan masa muda seseorang itu mempunyai
nilai yang istimewa kerana masa muda itu merupakan peringkat zaman kemuncak dan keemasan dan kekuatan, kegagahan, kecergasan, dan tenaga seseorang. Apa yang telah mereka lakukan dan perjuangkan pada zaman dan peringkat ini? Adakah mereka telah menggunakan dan memanfaatkan zaman remaja dan belia mereka sepenuhnya untuk mendapat keredaan Allah? Jika ia, mereka akan menjadi golongan berjaya  dan jika tidak termasuk di dalam golongan yang rugi... hadith yang diriwayatkan oleh Mu’az bin Jabal..moga2 mendapat kta semua mendapat petnujuk dari Allah s.w.t..amin..

alur 1

salam untuk sekelian alam,adoiyy lar nak menulis plak rasanya..ntah pape lar aku nie..haha..,sebelum tu aku nak bgitahu skit pasal ape blog ni  namanya alur sungai..aku pun tak tahu nk cerita macam mana..tp ak dari kecil smpai besar memang xkan berpisah lah dengan sungai nie..seakan-akan ad sesuatu yang mengikat di antara aku dan dia..kalau putus kasih biasa,kalau putus rokok seksa??kalau putus sungai xdapat nk dibayangkan macam mana..hahaha..sebenarnya aku orang kampung,hidup bukan mcm org lain..tak lar susah sgt tp mmg tak senang lar..apa ke bangang nya ayat nie..mmg ak tak pndai menulis,ikut ak lar nk tulis cam mane..huhuhu.. hasil dari sungai lar yang byk membantu ak dari kecil smpai ke hari nie..Alhamdulillah semua tu  rezeki dtg daripada Allah s.w.t..bersyukurlar..ayah ak lar byk mengajar erti kehidupan nie,klau tak dah lama ak jadi penagih dadah..hahaha.pasal sungai pnjang cerita nya,tp aku tak de mood plak nk bgthu..lain kali lar yer..haha menyakitkan btul klau bce..ak tak sruh pun org bace,,blog  nie sekadar diari ak je..peduli ape ak klau org tak bce pun,jgn kejar populariti..biar dia dtg sndiri..haha tp xpnting pun semua 2..dunia semata-mata..semoga kte sentiasa berada di landasan yang btul..halaa knpe tbe2 plak ak bg tazkirah..haha, tp bgus jugak,untuk peringatan diri ak jugak..ak dah byk tergelincir dari uslub yang asal..ak berharap supaya tuhan memberi petunjuk ke jalan yang lebih baik..moga2 ak dapat membawa aliran yang ak bawa ini,walaupun terpaksa tetapi ak telah memilih jalan ini,inilah jalan yang diredhai..wasallam,