Wednesday 11 January 2012

saya pikir-pikir pak, saya pikir-pikir bu'

Salam satu ummah,selawat dan salam keatas Rasululullah s.a.w..Alhamdulillah syukur kepada Allah taala kerana memberikan peluang kehidupan ke jalan yang di redhai..moga-moga kita semua mendapat keberkatan dan kesejahteraan di dalam kehidupan ini.Saat dan ketika ini alur sungai ingin membawa satu perubahan dalam hidup melalui pemikiran yang dikurniakan oleh tuhan kepada kita semua,semoga kita semua sentiasa berada di atas landasan yang betul.
Dalam hidup ini,semua orang mahu menjadi lebih pandai dalam semua perkara,adakah dengan kepandaian itu membawa mereka kearah jalan menuju kepada kehidupan yang hakiki.Satu idea yang baik sahaja tidak mampu menjamin hidup kita,mereka yang mendapat satu idea yang bijak dan cuba membina seluruh kerjaya mereka berdasarkan idea itu semata-mata selalunya tidak Berjaya. Golongan ini menghabiskan masa dengan hanya cuba mempertahankan satu idea mereka.Tidak kira sama ada kita berasal dari keluarga miskin ataupun kaya,sama ada memiliki Phd ataupun hanya tamat spm dan tidak kira sama ada kita sempurna ataupun Oku,tidak kira apa jua keadaan kita,kita mampu menjadi pemikir yang baik.kita hanya perlu sanggup menjalani proses berfikir itu setiap hari.
Alur sungai teringat akan kata-kata Davic Schwartz iaitu “Kejayaan seseorang tidak diukur dengan wang ringgit,bilangan ijazah yang dimiliki,ataupun asal usul keluarga,tetapi dari segi saiz pemikirannya”.Sekiranya kita mahu meluaskan pemikiran kita,kita perlu mencari orang lain bagi menasihati kita.Bagaimanapun berhati-hatilah dalam memilih penasihat.Sekiranya kita mahu mencapai kejayaan yang hebat,kita perlu memiliki impian yang hebat.jangan mengejar populariti dalam hidup ini,kerana akan membawa kepada kelemahan dalam dalam diri kita,kita juga perlu menerima idea ataupun pendapat,serta nasihat orang lain,kerana ia akan memperbaiki kelemahan kita sendiri.Alur sungai juga tidak mampu melakukan segala-galanya dalam hidup ini,peluang keemasan sudah muncul beberapa kali dalam hidup ini,sebab itulah kita semua cuba mencapai kecemerlangan dalam beberapa perkara,dan bukannya hanya prestasi yang baik dalam banyak perkara.Akan tetapi,sikap ini juga bermaksud kita terpaksa mengorbankan banyak perkara dan aktiviti yang kita suka lakukan.
Akhir kata dari Alur sungai,kita belajar mengorbankan sesetengah perkara yang kita suka dan minat lakukan supaya dapat memfokuskan perkara yang memiliki impak yang paling tinggi bukanlah perkara mudah.Akan tetapi,lebih awal kita mula mengamalkannya,lebih cepat kita dapat mendedikasikan diri kita kepada mencapai kecemerlangan dalam perkara yang paling penting untuk diri kita.wassalam.

Tuesday 10 January 2012

ledakan kecemerlangan

assalamualaikum,salam satu ummah.. Alhamdulillah..akhirnya berakhir jua ujian dunia untuk sem ni..lega rasa hati bagaikan nak buat orang marah je..halaa..walaupun berada dalam percutian sekarang ni..aku mengharapkan kalian semua masih berada dalam majlis ilmu walaupun dengan pendidikan tidak formal..haha kerana kita sebagai umat islam perlu menguasai ilmu semasa..tidak akan ada kecemerlangan tanpa mencari ilmu.kesedaran perlu disemaikan dihati kita pada hari ini supaya kita menjadi golongan yang cintakan ilmu,terutama ilmu agama.Hanya dengan ilmu sahaja kita boleh menjadi cemerlang dan gilang-gemilang..huhu marilah kita berazam supaya kita berada disalah satu penjuru daripada penjuru-penjuru orang yang berilmu..wssalam,

Friday 6 January 2012

Media massa

Media massa diakui mempunyai kesan dalam mempengaruhi perubahan sosiobudaya masyarakat islam.Disebalik keghairahan supaya perubahan yang berlaku menuju kepada aspek positif ,terdapat beberapa rintangan termasuk dominasi budaya dan informasi oleh negara-negara barat yang menjadi halangan utama.Budaya super-secular yang menjadi inti kepada "masyarakat bermaklumat" sedang menyerap masuk dalam mempengaruhi corak kehidupan masyarakat islam.Corak dan kerja dakwah,dalam memasuki alaf baru,sangat perlu memahami secara mendalam perubahan yang berlaku kesan daripada pendedahan kepada media massa..

persoalan profesionalisme

 Perubahan yang berlaku dalam teknologi komunikasi cukup pantas.Gabungan teknologi satelit,komputer dan televisyen berjaya mengubah corak kehidupan manusia.Dikampung2 sebelum ini,sebelum adanya elektrik dan televisyen,kanak-kanak mahupun orang-orang dewasa mungkin menghabiskan awal malam dengan mendendangkan ayat-ayat Al-Quran atau perkara2 yang berkaitan dengannya,tetapi dengan meluasnya penggunaan media televisyen,suasana kehidupan mula berubah.Saban hari berjam-jam masa dihabiskan dihadapan televisyen.Penggunaan komputer secara meluas dibarat ketika ini telah mengubah corak kehidupan tradisional sebahagian daripada penduduknya.Fenomena ini tidak terkecuali bagi umat islam.Apabila komputer sudah menjadi satu keperluan,kehidupan umat islam juga akan turut berubah.persoalannya, apakah yang akan dan bakal dihidangkan oleh segala teknologi media tersebut??Adakah perisiannya akan menjuruskan umat islam kearah mentauhidkan Allah s.w.t atau terus tenggelam dalam sensate culture yang didominasikan oleh konsep sekular barat??.Inilah persoalan profesionalisme atau tahap kemahiran yang perlu dikuasai oleh pendakwah dalam abad ini....wassalam,

Tuesday 3 January 2012

masalah akal dan wahyu

Perbahasan tentang pemikiran islam pada dasarnya berkisar kepada masalah asas dalam epistemologi,iaitu tentang sumber wahyu dan akal.sejak dahulu hingga sekarang persoalan tentang dua sumber ilmu inilah yang terus menerus diperdebatkan,sehingga timbul berbagai aliran dan mazhab dalam pemikiran islam.Pada umumnya terdapat empat aliran besar dalam pemikiran islam iaitu.. 

1.aliran yang bersumberkan wahyu semata-mata.
2.aliran yang bersumberkan wahyu dan juga akal.
3.Aliran yang bersumberkan akal dan juga wahyu.
4.Aliran yang bersumberkan akal semata-mata.

huhuhu..panjang lagi nie..kalau nak tulis sebulan tak habis..haha ni salah satu tajuk daripada subjek pemikiran islam..nak baca malas,so aku tulis sambil membaca,,esok exam pemikiran islam..2.30-5.00p.m..harap-harap tak lupa nak bawa slip exam,,ta mau kne halau lagi..kah kah kah :)

masalah 1

salam sekelian ummat,kalau gua nak ubah bahasa skali skala tak salah kan?tak salah kan??? banyak giler masalah gua skrang nie..nak belajar pun susah ta belajar pun susah,tapi mau ta mau gua kena turuti jugak kemahuan ibu bapak gua..kelmarin  hari pertama gua exam untuk sem ni..orang ganu kate sumbat molek!!.. tapi gua nak kelihatan cool,gua buat rilek macam orang bodoh..kalau kita bodoh jangan tunjukkan kebodohan.. har.har.har.exam pukul 2,gua tengok jam baru pkul 1.45,alahai awal lagi nie..gua rilek2 lagi goyang2 kaki.. layan lagu nancy ajram..waka betul..lepas tu gua jalan slow2 ke dewan exam dengan hati yang penuh harapan untuk menjawab semua soalan walaupun tidak study asalkan nampak cool..kah kah.gua pun start motor dengan hati yang riang sambil menyanyi lagu law kanna bainana habib..huh! otw gua nampak member gua pegang slip exam,gua pikir2 pak gua pikir2 bu' krengggg! dengan tiba2 gua brek..alamak!!siot betul lar..macam2 gua menyumpah, ape kehe slip exam ta print lagi..alahai.. gua pun serba salah lar..ta tau nak buat apa.. nak pergi exam takut kena halau..gua pun tanya member..guano ni??ye royak ambik slip aku mu g potostat..kah kah kah melawak pulak..terdetik du hati gua..gua lempang karang..huhu tu gua tambah je.. dengan keadaan yang menyerabut gua pun cepat2 buka portal..apa ke bangang nya ta boley nak print, internet universiti pun macam brodband gua..3 bulan tak bayar..hari-hari maxis call..kalau operator awek yang bercakap gua dah mintak nombor handphone..hampeh!! suara macam bapok je..siyet betoi.. dalam keaadam menyerabut gua pergi ke pejabat akademik..bukak pun lambat..bose molek kawe tunggu,ore laen tengoh jawab exam tuh..mu tau dok??gua bercakap seorang diri dengan air muka yang penuh penyesalan..gua ingat gua sorang je nasib begitu,rupa-rupanya ada lagi student tak print slip..ramai jugak..awek plak tu..ada sorang awek tu datang kat gua tnya "nak print slip ke??" a'aah gua jawab dengan slamber.. lepas tu dia tanya lagi "exam pkul brape??" pkul 2 gua jawab ringkas..awek tu pun tengok jam kat tangan dia.."ish same lar" katanya.."ada aku tanya bodoh"kata gua dalam hati..cantik jugak cewek 2..kalau gua mintak nombor handphone sempat lagi nie..alahai dunia semua ni..kah kah..rasa2 gua mintak tak??kah kah sekali lagi.. pejabat pun buka,gua terus pergi tanpa memberi salam dengan tiba-tiba gua cakap.. nok slip exam kak..nok prekse doh nie..cpat cket....hahahaha..gua nak study jap tahun depan gua sambung cerita ni..tata~kah kah sakit hati betul lar tgk buku nie..huhu nak nulis lagi..dah2..g bace nung..huhu ok lar,gua balas mesej seseorang tu..hehehe~