Friday, 6 January 2012

persoalan profesionalisme

 Perubahan yang berlaku dalam teknologi komunikasi cukup pantas.Gabungan teknologi satelit,komputer dan televisyen berjaya mengubah corak kehidupan manusia.Dikampung2 sebelum ini,sebelum adanya elektrik dan televisyen,kanak-kanak mahupun orang-orang dewasa mungkin menghabiskan awal malam dengan mendendangkan ayat-ayat Al-Quran atau perkara2 yang berkaitan dengannya,tetapi dengan meluasnya penggunaan media televisyen,suasana kehidupan mula berubah.Saban hari berjam-jam masa dihabiskan dihadapan televisyen.Penggunaan komputer secara meluas dibarat ketika ini telah mengubah corak kehidupan tradisional sebahagian daripada penduduknya.Fenomena ini tidak terkecuali bagi umat islam.Apabila komputer sudah menjadi satu keperluan,kehidupan umat islam juga akan turut berubah.persoalannya, apakah yang akan dan bakal dihidangkan oleh segala teknologi media tersebut??Adakah perisiannya akan menjuruskan umat islam kearah mentauhidkan Allah s.w.t atau terus tenggelam dalam sensate culture yang didominasikan oleh konsep sekular barat??.Inilah persoalan profesionalisme atau tahap kemahiran yang perlu dikuasai oleh pendakwah dalam abad ini....wassalam,

No comments:

Post a Comment