Thursday 29 December 2011

terjemahan kitab fiqh dakwah 1

   PENGERTIAN
 Menurut Bahasa : Mengajak / Memanggil / Menyeru.


 Menurut Istilah : Mengajak orang kembali dari kejahilan kepada mengerti, dari kesesatan kepada kembali kepada ajaran Allah SWT dengan cara hikmah dan mau'idhah hasanah..


PROSES DAKWAH
 {Mengatur strategi dan caranya}


1. Berprinsip Islam.
2. Dengan metode(المنهج) yang Islami.
3. Menuju tujuan yang Islami

Keterangan :
1. Bahwa tujuan yang Islami hanya boleh dijangkau dengan metode yang Islami pula.
2. Bahwa metode yang Islami hanya boleh diciptakan oleh prinsip dasar yang Islami.
3. Bahwa prinsip yang Islami hanya boleh diwujudkan oleh cara berfikir yang Islami.
4. Sementara itu cara berfikir yang Islami hanya boleh dilahirkan oleh jiwa yang Islami.


Dari sinilah timbul pengertian bahawa  untuk menegakkaan Islam, tidak mungkin dilakukan dengan cara-cara dan organisasi  yang tidak Islami, apalagi kalau anggotaanggotanya, lebih-lebih lagi jika prinsip dasarnya sudah tidak mengikut cara islam, tidak mungkin melahirkan cara dan tujuan yang menurut islam.


Mengatur langkah-langkahnya :
Langkah dakwah adalah langkah menuju Izzul Islam wal Muslimin, karena itu harus
diatur dengan cara:


 1. Rabbaniyya :Bahawa dakwah itu bersifat mcndidik, mengajak kembali kepada iman dan taqwa,
menuntut ilmu dan banyak beramal (Ali ‘Imran: 78).
2. Islamiyyah la Jam'iyyah :Bahawa dakwah itu mengajak kembali kepada Islam, bukan kepada golonganisme
(Ali ‘Imran: 103).  
3. Syaamilah la Juz'iyyah : Bahawa dakwah itu mencakup segala aspek hidup dan kehidupan, secara utuh dan lengkap, kaaffah, bukan sepotong-sepotong (Al-Baqarah: 208).
4. Mu'aasharah la Taqlidiyyah : Bahawa dakwah itu harus sejalan (seiring) dengan perkembangan alam fikiran, bukan secara klasik dan tradisional, penuh dengan ketertinggalan (Al-Ashr: 1-3).
5. Mahalliya wa 'Alamiyyah : Bahawa dakwah itu regional dan internasional sekaligus, bukan terkotak-kotak,
kerana semua manusia adalah sama (Al-Anbiya': 107)
6. Ilmiyyah wa Tau'iyyah Islamiyyah : Bahawa dakwah itu bersifat ilmiyyah sekaligus amaliyyah, teori dan praktikal.
7. Bashirah : Bahawa dakwah itu dengan menggunakan akal sihat, fikiran yang benar, bukan taqlid ,(Al-Jatsiyah : 20, Al-An'am : 104, Yusuf : 108).
8. Manna'ah : Bahawa dakwah itu pembelaan diri, pemeliharaan kurnia Tuhan, dengan menggunakan metode penelitian dan berlandaskan dalil.
9. Inqilabiyyah la Tarqi'iyynh : Bahawa dakwah itu bersifat revolusioner,  (Al-An'am :29) . 


 Semua ini berdasar Sirah Nabi SAW dan  mengacu kepada pengalaman dakwah beliau, disamping mempertirnbangkan kondisi objek dakwah,Dan dengan ini akan menghasilkan Al-Furqan, pemisah antara yang haq dan bathil dalam diri seseorang.. 

# Panjang lagi nie..baru kitab pertama,1/10 pun tak smpai lg..alahai.. xlarat lar nak tulis..kalau ad free ak sambung..hehehe~

No comments:

Post a Comment