Tuesday 28 May 2013

PRU 13

Pilihan raya umum di Malaysia sudah berjalan lama bermula 1955 lagi sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British. Ini diikut dengan Pilihan Raya Umum pertama (1959), Pilihan Raya Umum ke-2 (1964), Pilihan Raya Umum ke-3 (1969), Pilihan Raya Umum ke-4 (1974), Pilihan Raya Umum ke-5 (1978), Pilihan Raya Umum ke-6 (1982), Pilihan Raya Umum Ke-7 (1986), Pilihan Raya Umum Ke-8 (1990), Pilihan Raya Umum ke-9 (1995), Pilihan Raya Umum Ke-10 (1999), Pilihan Raya Umum ke-11 (2004) serta Pilihan Raya Umum Ke-12 (2008),dan yang terkini adalah PRU13(2013).
Tanggungjawab mengundi adalah proses umat menggunakan ruang demokrasi yang diamalkan sekarang dan ia perlu ditunaikan untuk memastikan kepentingan umat khususnya dan rakyat amnya. Amalan pilihanraya perlu dimanfaatkan untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang adil dan bertanggungjawab.
Sesiapa yang tersenarai dalam daftar pemilih wajib pulang ke kawasan mengundi masing-masing untuk menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Di samping itu, undian sangat penting untuk menentukan corak masa depan negara berdasarkan pilihan mereka. Oleh itu, setiap pengundi khususnya umat Islam perlu menyedari bahawa mereka hendaklah bertindak berlandaskan kepada keimanan dan takwa kerana pembabitan mereka dalam PRU13 ini akan dipersoalkan di akhirat nanti.
Prinsip amanah perlu ada kepada semua pengundi seperti dijelaskan al-Quran dalam firman Allah SWT: “Allah telah memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil.” (Surah al-Nisa, ayat 58)
Mahasiswa adalah diantara golongan berpendidikan dan berpelajaran, sepatutnya mereka sedar serta mampu membuat pilihan tepat.Masih ramai dalam kalangan mahasiswa yang tidak membuat pendaftaran sebagai pemilih kerana beranggapan ia tidak penting, tidak suka berpolitik serta membuat andaian semua parti politik adalah sama. Majoriti ulama menegaskan hukum mengundi wajib berdasarkan kepada konsep penyaksian"
Sebenarnya,masyarakat-masyarakat pedalaman kita tidak mempunyai fahaman dan pengetahuan mendalam mengenai kepentingan politik. Selain itu, mereka hanya melihat jangka masa pendek saja, sebaliknya jika mereka mendalaminya, mereka akan sedar nilai undi untuk menentukan masa depan negara.Rakyat malaysia perlu mempunyai kesedaran kepentingan dan kewajipan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, serta perlu membuat pilihan bijak ketika mengundi.
Majoriti ulama menegaskan hukum mengundi wajib berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu memberikan saksi bahawa calon yang diundi adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah. Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib dan Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah.
Warga negara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon itu tidak layak serta tidak amanah, maka ia tidak boleh berkompromi dengannya. Memberikan kuasa kepada orang yang akan memberikan kerosakan adalah haram kerana bersubahat dengannya.
Berkata Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna: “Memberikan undian adalah suatu penyaksian, manusia akan ditanya akannya (calon mana yang akan dipilih dan kenapa), maka putuslah untuk memberikan undian berdasarkan hati-hati kamu dan akal kamu, dan jadilah orang yang membantu akan kebenaran dan berani dalam memilih calon yang baik (serta amanah).”
Pengundi perlu membuat pilihan yang tepat berdasarkan maklumat lengkap dan adil terhadap calon, parti yang bertanding serta manifesto mereka dengan tidak menjadikan sentimen, fitnah, kebencian atau hasutan sebagai asas dalam membuat pilihan. Memilih calon yang akan meneruskan kepincangan dan penyelewengan dalam urustadbir negara akan membawa negara kepada kehancuran. Bersikap berkecuali untuk tidak mengundi atau dengan sengaja merosakkan undi juga akan mencelakakan negara. Perbuatan ini akhirnya akan memenangkan calon yang tidak layak memimpin dan akan mengakibatkan kuasa berada ditangan mereka yang akan mengkhianati amanah rakyat.
Berusahalah mencari keyakinan terhadap calon yang bertanding, partinya dan gabungan bersamanya itu dari sudut rekod prestasi untuk membawa lebih manfaat kepada kebajikan awam. Rekod prestasi penting bagi menilai kebolehan calon, parti dan gabungannya untuk mentadbir negara.

Pengundi perlu memahami konteks politik di Malaysia yang terdiri dari pelbagai agama, bangsa dan parti. Pengundi disarankan tidak membazirkan undi kepada parti atau calon kurang faedah kepada penubuhan kerajaan yang baik dan ditegah daripada sengaja merosakkan undi.Pengundi berbeza kecenderungan politik dan parti yang disokong digesa tidak memanjangkan permusuhan atau sengketa andainya tercetus sebaliknya, kembali berbaik dan hidup harmoni sebagai rakyat Malaysia.
kempen PRU 13 menunjukkan pihak yang bernafsu untuk mempertahankan kuasa pentadbiran pusat dengan apa cara sekalipun telah mededahkan politik negara berhadapan dengan bahaya kacau-bilau yang sangat besar.Gejala budaya politik yang sangat jijik seperti politik fitnah, politik lucah, politik wang dan politik samseng sedang ditaja untuk berhadapan dengan kesedaran rakyat untuk merubah kerajaan yang sedia ada. kecacatan sistem demokrasi yang wujud hendaklah diperbaikki dan disesuaikan dengan tuntutan Islam terutamanya mengutamakan al-Haq agar semua operasi pilihanraya bebas dari penipuan dan penyelewengan yang kesemuanya itu melambangan kebatilan.

Oleh itu kepada parti politik yang bertanding,rakyat perlu meletakkan calon yang terbaik, berkarisma dan meletakkan sifat beragama sebagai asas termasuk dalam kalangan bukan Islam.Sehubungan itu, perlu diingatkan juga parti-parti yang bertanding bahawa kuasa adalah amanah, tanggungjawab dan bebanan. Anda akan dipersoalkan di akhirat nanti. Maka, pastikan tindakan anda semuanya bertitik tolak daripada keimanan dan ketakwaan.

No comments:

Post a Comment