Tuesday 28 May 2013

PENGENALAN DAKWAH


Berdakwah merupakan satu tugas atau tanggungjawab yang perlu kepada peraturan, disiplin (sistem) atau perancangan dalam melaksana dan menjayakannya. Tugas atau tanggungjawab ini tidak boleh diambil mudahdan ianya tidak boleh dilaksanakan secara bersahaja dan melulu. Malah ia adalah tugas yang amat sukar dan memerlukan kepada beberapa cara (uslub ) dan kaedah (wasilah ) atau pendekatan yang terbaik bagi membantupendakwah agar dakwahnya itu sampai dan memberi kesan kepada golongan sasaran.
Uslub atau cara berdakwah adalah jalan yang perlu diikuti oleh pendakwah untuk menyampaikan dakwahnya kepada umat manusia, salah satudaripadanya adalah dengan melalui pendekatan dakwah. Setiap pelaksanaan dakwah dengan unsurnya harus menggunakan pendekatan (approach) yang tepat. Yang dimaksud dengan pendekatan (approach) adalah penentuan strategi dan pola dasar dan langkah dakwah yang di dalamnya terdapat metode dan teknik unuk mencapai tujuan dakwah.Penentuan pendekatan dakwah didasarkan atas kondisi sasaran dakwah dan suasana yang melingkupinya. Metod dakwah ialah cara atau pendekatan dakwah untuk membolehkan sasaran menerima sesuatu dakwah dengan kefahaman yang jelas dan kesedaran yang penuh, tanpa rasa paksaan, tekanan dan tertipu.
Rasulullah s.a.w berdakwah kepada semua golongan dan peringkat masyarakat. Baginda berdakwah kepada orang bawahan sampai ke tahap hamba, begitu juga baginda berdakwah kepada golongan atasan sampai ke tahap pemimpn negara. Rasulalah juga berdakwah kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang pernah menerima Kitab daripada Allah s.w.t. Dengan demikian juga baginda menjalankan dakwah kepada golongan peyembahan-penyembahberhala dan musyrik. Untuk menarik perhatian pelbagai kelompok dan golongan supaya mereka mengenali Islam, Rasulallah menggunakan pelbagai pendekatan bersesuaian dengan keadaan sasaran. Hal ini penting kerana kelompok mempunyai masalah dan keperluannya yang tersendri.



DAKWAH MELALUI MAUIZATU HASANAH

Uslub al  MauIizatu al- Hasanah adalah uslub al – Qur’an. Method Rabbani yang perlu diberikan perhatian. “Al – Mauizatu itu asalnya adalah merujuk kepada kata-kata yang boleh melunakkan sanubari yang mendengar sebagai persediaan untuk melakukan kebaikan bagi menghayatinya”.
Firman Allah SWT: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah al – Ahzab: 21).
Uswatun hasanah dan mauizatu hasanah terdapat banyak persamaan. Ibn ‘Athiyyah menyebut: “Mauizatu hasanah itu merupakan suatu usaha untuk memberikan manusia rasa takut dan mengharap serta melunakkan manusia agar menjadikan ceria dan bersedia untuk menerima nilai- nilai murni”.
Perkara utama dalam uslub ini ialah pendakwah hendaklah mencontohi Rasulullah s.a.w dalam segenap aspek sama ada perkataan, perbuatan, taqrir (persetujuan), sifat dan tatacara hidup baginda s.a.w. Ini bukanlah bererti bahawa apa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w mestilah diikuti tepat sebagaimana baginda. Akan tetapi lakukanlah mengikut kemampuan kita. Baginda s.a.w bersabda: “Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu perkara, maka lakukanlah perkara itu sekadar yang termampu”.
Suatu contoh yang unggul pernah berlaku ke atas Rasulullah s.a.w yang mungkin sukar dicontohi oleh kita pada hari ini: “Suatu hari harta rampasan perang (al – Ghanimah) dibawa kepada Rasulullah s.a.w. Setelah dihitung, didapati jumlahnya sebanyak sembilan puluh ribu dirham dilonggokkan semuanya di atas tikar daun tamar. Baginda membahagikan harta itu kepada yang berhak menerima sehingga habis semuanya. Tiba- tiba datang lagi sahabat yang meminta haknya kerana beliau belum mendapat apa- apa. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: “Pergilah ke kedai yang menjual keperluanmu dan belilah barang – barang itu secara hutang. Katakan kepada tuan kedai itu bahawa aku akan membayar kepadanya”. Mendengar kata-kata itu, Umar bin al – Khattab mencelah dan berkata: “Ya Rasulullah! Mengapa kamu membebankan dirimu sesuatu yang tidak sepatutnya kamu tanggung. Perkara yang sudah selesai, biarkanlah”. Mendengar kata-kata itu air muka Rasulullah s.a.w berubah tanda tidak senang dengan kata - kata Umar r.a lalu tampil seorang lelaki Ansar dan berkata: “Ya Rasulullah teruskan memberi kesanggupan berbelanja kerana Allah yang akan membayarnya nanti”. Mendengar kata-kata itu Rasulullah tersenyum tanda menyukai tindakannya”(Mustalzimat al – Da’wah al – ‘Asr al – Hadir: 121).


Uswah Hasanah banyak persamaan dengan qudwah hasanah. Pendakwah perlu menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti oleh mad’u. Contoh yang baik ini bukan sahaja pada kata – kata dan tingkah laku malah sampai air muka pun perlu diambil kira dengan sentiasa bermuka manis walaupun dalam keadaan marah. Seperkara lagi yang amat penting dalam membicarakan uslub al-Mau’izoh al-Hasanah ialah pendakwah hendaklah menjadi model yang realiti, ikhlas dalam perkataan dan perbuatan, bukan hanya pandai bercakap.Terkadang berdakwah dengan contoh teladan yang praktikal lebih mendatangkan kesan daripada dakwah dengan pendekatan yang lain. Semuanya bergantung kepada waqi’ atau keadaan yang mengizinkan sesuatu tindakan yang bakal di ambil.

No comments:

Post a Comment