Monday, 5 March 2012

rintihan hati yang penuh dosa

HANTARKAN AKU KE SANA….
perasaan resah gelisah memenuhi dada ini…
Bersama hati yang rindu mendalam…
Dari hamba yang berlumur dosa dan kealpaan…

Aku berharap termasuk dalam golongan yang Kau hantarkan….
Redhai dan kabulkanlah… Berharap dapat bersua dengan-Mu…
Wahai Rabbul`alamiin…
Dengan taubat ku berharap…
Kuatkan jiwa ini mendatanginya…
kuatkan langkah kaki ini menempuhnya…
Azamkan niat ini dalam mencapainya…
Ikhlaskan hati ini menjalaninya…
Aku rindu…aku rindu…aku rindu…
Rindu berjumpa dengan-Mu dalam SYAHADAH…
Rindu bersua dengan-Mu dalam IMAN…
Rindu bersama-Mu dalam TAUHID…
Rindu indahnya hidup dalam naungan redha-Mu…
Syari`at ISLAM…Daulah ISLAM…Khilafah ISLAM
Wahai Allah yang tiada sekutu bagi-Mu…
Hantarkanlah kerinduanku ini…
Mudahkanlah…
Lapangkanlah… untuk meraih cita-cita…
KEMULIAAN HIDUP DALAM ISLAM, ATAU
KESYAHIDAN DALAM PERJUANGAN

Amin ya Allah, ya Rabbal`alamiin…

No comments:

Post a Comment